antara aku dan DIA...
sehari-harian aku mencari erti kehidupan, malah mungkin bukan seharian malah sepanjang kehidupan aku yang aku ingat. antara ingat atau lupa, banyak sudah pengalaman yang aku tempuh, samada berseorangan atau berkeluarga, tetapi selalunya berseorangan. pernah aku diajukan soalan, kenapa aku tidak berkongsi masalah tetapi hanya memilih untuk berkongsi kegembiraan dengan keluarga. persoalan itu hanya aku jawab hanya DIA yang sanggup mendengar permasalahan aku. hanya DIA yang akan membantu aku kelak tatkala semua manusia sibuk mencari menusia lain untuk melangsaikan 'hutang' dunia. aku pasti yang ada disitu hanya DIA dan DIA lah yang akan menentukan duka dan gembira aku.keluarga hanya sementara malah keluarga hanya sebuah simbolik untuk perpaduan. tanpa keluarga, tiada institusi yang bisa berdiri tegak. walaupun aku sedar aku punya keluarga tetapi yang pasti sejarah tidak dapat aku perbaiki. sejarah hanya akan sah apabila ia diterima dengan rela. sejarah aku masih belum dan sukar untuk diterima malah sejarah aku pernah dihina oleh orang yang aku sayang. tetapi selama ini DIA yang membantu aku sehingga aku berdiri tegak di bumi asing. hanya DIA yang tahu mengapa aku disini. kitab yang dikarang oleh DIA adalah muktamad dan aku rela malah tanpa paksa aku terima.
sering kali aku terduduk apabila cuba menjawab persoalan hidup. mampukah aku berdiri sekali lagi untuk berdepan dengan persoalan hidup. suku abad tidak menandakan aku kuat didalam menjawab soalah hidup. hidupnya aku selama suku abad, hanya berdiri lagi bersendiri dan kadang-kadang dihiasi dengan carutan, hukuman dan penghinaan tatkala aku baru setahun jagung mengenal apa itu hidup, keluarga dan saudara mara.
makin jauh aku pergi, makin mudah untuk aku fahami kenapa aku disini. walaupun aku sekadar menumpang kasih didunia, DIA tidak pernah menjadikan aku sebahagian daripada penumpang. aku tidak pernah kenal erti ayah dan aku tidak pernah diperkenalkan erti sejarah hidup. yang yang telah diperkenalkan kepada aku ialah, perasaan beban dan rasa malu kerana kewujudan aku adalah kerana itu. tetapi DIA 'mengajar' aku bahwa, yang aku cari ialah kegembiraan akhirat dan bukan kegembiraan dunia. mungkin aku tidak akan mengetahui sejarah hidup aku yang sebenarnya, tetapi setiap hari yang aku lalui, aku sering bertanya kepada DIA, siapa aku dan kenapa aku dilahirkan dengan sejarah sedemikian rupa. tidak pernah aku sesali kewujudan aku, tetapi kesedihan akan timbul apabila sejarah hidup aku dipermainkan oleh orang yang aku sayangi dan dia merupakan sebahagian daripada sejarah itu. selama suku abad, aku hidup didalam teka-teki dan yang sering menjadi korban ialah perasaan seorang anak kecil yang hidup mudanya tidak pernah diperkenalkan siapa 'sejarahnya'.
untuk yang disayang, sebagai seorang dewasa,pengorbanan yang telah dibuat memanglah besar tetapi fahamilah, untuk seorang anak kecil mengorbankan kegembiraannya sewaktu kecil menghadapi setiap persoalan mengenai sejarah awalnya, adalah sesuatu yang amat memalukan dan mahu dielakkan dan jika mati itu adalah sebagai jawapan terakhir, mungkin itu yang akan dilaksanakan.
mungkin DIA tahu apa yang terbaik untuk aku dan aku redha dengan apa yang telah ditentukan oleh DIA. aku tidak punya siapa kecuali seorang yang aku sayangi dan DIA. sekiranya aku pergi dahulu, DIA lah tempat aku mengadu dan DIA lah tempat untuk aku memohon pertolongan. aku tidak pernah bertanya malah sering mengelak untuk bertanya, bukan kerana takut, bukan kerana malu tetapi kerana ingin mejaga hati dan perasaan seorang dewasa yang telah berkorban untuk anak kecilnya. untuk yang tidak pernah mengalaminya, mudah untuk mereka mengatakan bahawa orang lain juga mempunyai sejarah yang sama, tetapi pernahkan mereka laluinya. ingin juga aku padamkan sejarah hidup aku agar tidak dipersoalkan lagi tetapi bisakah ia dilakukan.
untuk yang mengetahui diri aku, sedarlah, antara paksa atau rela, sejarah tidak pernah menipu tatepi yang menipu adalah sang penulis sejarah. terserahlah bagaimana sejarah itu hendak dikarang, tapi ingat yang hidup akan mati dan tatkala masa itu sampai, DIA lah penentu segalanya.
<< Home