Sunday, July 30, 2006

ada apa dengan cinta...

(13) The God-fearing believers shall be against the rebellious or him who seeks to spread injustice, or sin or animosity, or corruption between believers; the hand of every man shall be against him even if he be a son of one of them.

The first written constitution of a State ever promulgated by a sovereign in human history emanated from the Prophet of Islam. It was enacted from the first year of Hijrah (622 CE). The treaty stipulated a city state in Medina, allowing wide autonomy to communities. Private justice was to be banished. The head of the State had the prerogative to decide who should participate in an expedition, the war and peace being indivisible. Social insurance was to be instituted.




berat mata memandang, berat lagi hati yang menanggung. atas dosa apa mereka diperlakukan sedemikian rupa. hanya dengan perbezaan ideology, darah yang tumpah umpama air yang mengalir dari sungai yang kecil. setelah berperang selama lebih dari 2 minggu, yang hanya kedengaran adalah suara-suara sumbang yang hanya bisa mencarut tanpa henti dan tangan-tangan lemah, yang hanya mampu menulis dan membakar bendera. apa cinta itu memilih rupa, warna dan darah. cinta itu untuk siapa sahaja. dijadikan manusia oleh Allah dangan sifat cinta dan kasih serta sayang tapi tampak dengan jelas, itu semua hanya dibelakang tabir. yang bisa nampak ialah amarah dan nafsu yang mana sifatnya seperti kuda. sampai bila umat Rasullulah akan sedar bahawa yang dihadapan mereka adalah musuh yang lengkap serba serbinya, baik fizikal, mental mahupun ilmunya. umat Rasullullah juga adalah yang terbaik, tapi antara kita sedar atau tidak, kita lupa bahawa yang kita lawan bukan sahaja musuh yang nyata malah musuh yang tidak kelihatan. ada apa dengan membakar bendera sekiranya kita hanya sekadar berdiri tegak, melaungkan slogan anti-keganasan tapi pada waktu yang sama saudara-saudara dekat kita tidak dibela. memang benar saudara-saudara kita yang terkorban di Palestin dan Lubnan berhak mendapat perhatian, tapi yang lebih afdal ialah saudara-saudara kita yang dihadapan mata kita. sedih dan pilu melihat saudara-saudara di Palestin dan Lubnan, tapi hati ini lagi sedih melihat saudara-saudara sendiri di tanah air saling membaling batu sesama sendiri. persoalan antara besar atau kecil batu yang dibaling, tidak menjadi masalah.

antara sedar, kita diajar, yang muda disayangi dan yang tua dihormati. tapi yang kelihatan hanyalah yang muda dan yang tua. sifatnya hilang entah kemana. apa adat itu hilang atau pupus sekiranya kita saudara Islam. Islam mencerminkan peribadi kita tapi dalam waktu yang sama adat mencerminkan darimana kita datang. islam yang diajar tidak mengenal kaum,umur ataupun negara malah Islam mengajar kita untuk menghormati apa yang kita ada. kita punya apa yang tidak dipunyai oleh yang bukan Islam tapi kita mensia-siakannya tanpa memperdulikan akibatnya. kita juga lupa bahawa yang berkuasa keatas setiap mahkluk yang bernyawa adalah Allah dan setiap yang berlaku adalah diatas izinnya. tapi antara sedar atau tidak, kita lupa setelah kejayaan demi kejayaan kita kecapi, kita yakin bahawa itu semua diatas usaha dan keringat diri sendiri. kita lupa bahawa tangan dan kaki itu punya siapa tetapi kejayaan yang kita perolehi, dalam megah dan riak kita berkata "Ini adalah usaha aku sendiri. Kalau tidak kerana aku berusaha, masakan aku akan peroleh kejayaan".

saudara-saudara Palestin dan Lubnan, kejayaan hanya datang sekiranya kita sedar bahawa musuh kita bukan patung yang bernyawa. musuh kita lengkap, selengkapnya. bukan dengan cara berperang fizikal dapat mengalahkan musuh, tetapi dengan kekuatan ilmu akan membawa kita lebih jauh. Rasullullah tidak berperang hanya untuk menunjukkan bahawa orang Islam itu kuat tapi Rasullullah berperang pada jalan Allah. antara lupa, kita tidak sedar bahawa Piagam Madinah yang telah dibuat oleh Rasullullah pada tahun 622 masihi adalah piagam atau perlembagaan yang pertama seumpamanya di dunia. bukankah ini contoh yang baik untuk kita pelajari. perdamaian dan persengketaan dapat dielakkan hanya dengan sekeping kertas, berdakwatkan warna hitam, bukannya berdakwat dengan darah. saudara-saudara Palestin dan Lubnan, gunakanlah apa yang diberi oleh Allah yang mana tidak diberikan kepada haiwan kerana kurniaan itulah yang menbezakan kita dan haiwan.

saudara-saudara tanah air, janganlah kerana perbezaan fahaman dan butakan kuasa, membuatkan kita hilang apa telah kita perolehi selama 49 tahun. bukan mudah walaupun banyak yang tergadai. apa yang hilang mungkin sukar untuk dikembalikan, tapi apa yang dipunyai tidak akan selamanya bersama kita jika tidak dipelihara. kita lihat apa yang terjadi pada saudara-saudara jauh dan kita sedih kerana kita cintakan saudara kita. tapi yang lebih afdal ialah cintakan saudara dekat kita dan cintakan tanah air kita. saudara, Islam mengajar kita untuk pelihara apa yang terbaik untuk diri kita dan tidak lupa kepada yang berada disekeliling kita. Islam tidak mengajar kita untuk tidak menghormati yang bukan Islam malah Islam mengajar kita untuk meghormati yang bukan Islam dan pelihara keselamatan mereka. Sekiranya berlaku keadaan dimana kehormatan kita diremehkan, cerminkanlah diri kita dahulu sebelum jari ditudingkan kepada insan yang tak bersalah. kita sering lupa dan kita sering melupakan.

merdeka itu mudah dilaungkan tapi amat susah untuk didapatkan. cintakan agama, tanah air, keluarga dan bangsa. cinta itu tidak buta tapi yang buta adalah sang pencinta. salam merdeka untuk saudara di tanah air dan semoga merdeka saudara-saudara Palestin dan Lubnan. semoga Allah bersama mereka yang berjuang kerana Allah dan semoga Allah merahmati perpaduan dan persaudaraan di tanah air.