antara kapal, nakhoda dan anak-anak kapal...
agak menarik apabila sebuah perbualan mampu membuat kita berfikir. bukannya setiap perbualan itu omong kosong, tapi sekiranya perbualan itu mampu membuatkan kita berfikir, alangkah menarik.antara ketiga-tiga objek, yang mana satu memainkan peranan yang penting. nakhoda punya kepakaran didalam mengendalikan kapal. walaupun kepakaran tersebut juga dipunyai oleh anak-anak kapal, tetapi kepakaran nakhoda sukar ditandingi (walaupun boleh dipersoalkan). tetapi dalam waktu yang sama, kapal juga turut memainkan peranan yang paling penting. tanpa kapal, siapalah nakhoda dan anak-anak kapal. kapal yang baik bisa pergi jauh malah perjalanannya juga akan menjadi selesa.
persoalan yang cuba dijawab oleh aku dan teman-teman dari indo ialah bagaimana untuk mengendalikan sebuah kapal yang sudah usang dan kapal tersebut terdiri daripada anak-anak kapal yang sudah lanjut usianya malah degil dan sering membawa haluan sendiri. sebagai seorang nakhoda yang baru (dan muda), malah pengalamannya bukan datang dari pengalaman seorang anak kapal, tapi dari sebuah institusi perkapalan, oleh itu cabaran yang bakal ditempuh sudah pasti hebat. kapal yang usang menantikan masa untuk pecah (tapi mustahil) dan anak-anak kapal yang berpengalaman tapi degil pasti sukar dikendalikan. antara dua, sudah pasti lebih mudah mengendalikan kapal yang usang tetapi dalam waktu yang sama, anak-anak kapal tidak boleh diremehkan. sudah pasti, nakhoda akan berada didalam keadaan yang sukar sekiranya anak-anak kapal diremehkan, bukan kerana sukar untuk mengendalikan sebuah kapal usang bersendirian, tapi mungkin akan terdedah kepada keadaan dimana nakhoda akan dicampakkan kedalam lautan luas oleh anak-anak kapal atau pun akan difitnah keburukkannya (seksaan yang paling kejam di dalam dunia jika dibandingkan dengan hukuman bunuh).
untuk seorang nakhoda berhenti daripada mengendalikan sesebuah kapal, sudah pasti akan memberikan reputasi yang buruk. antara tiga, secara tidak langsung, objek keempat muncul tanpa disangka-sangka. objek keempat yang dimaksudkan ialah bekas nakhoda kepada kapal yang dikendalikan oleh nakhoda muda. kritikan demi kritikan malah kemampuan nakhoda muda dipersoalkan, baik dari jauh mahupun dekat. sebagai seorang nakhoda di zaman moden, urusan perkapalan bukan hanya melibatkan urusan perkapalan domestik malah urusan perkapalan antarabangsa juga perlu diambil kira.
antara domestik dan antarabangasa, urusan perkapalan melibatkan kapal yang dikendalikan. sudah pasti, dengan kapal yang usang tetapi dilengkapi dengan teknologi dan sistem pertahanan moden serta dibantu oleh anak-anak kapal yang hanya menunggu masa untuk mengambil tempat nakhoda muda, tidak akan membawa sebarang perubahan malah mengundang cabaran. dari segi pertahanan, walaupun moden, tetapi dengan sebuah kapal yang usang, masa yang diperlukan untuk menghancurkan kapal tersebut tidak memerlukan masa yang panjang malah mudah sekirnaya anak-anak kapal ditewaskan dahulu dengan janji-janji keduniaan.
antara sedar, akhirnya aku terbangun dari mimpi realiti bahawa aku adalah anak kepada anak-anak kapal yang usang itu. antara sedar aku merasakan bahawa untuk hidupnya generasi aku yang akan datang juga bergantung kepada kapal usang tersebut malah aku juga sedar antara mahu atau tidak, tanggungjawab itu perlu dipikul oleh aku. biarpun generasi anak-anak kapal sekarang degil dan sudah lanjut usianya, sudah pasti kapal itu bakal diterajui oleh anak-anak kepada anak-anak kepal yang sekarang. biarpun hak milik kapal itu bisa berubah ketangan nakhoda lain, tapi yang pasti, kapal itu sudah dipunyai oleh satu nakhoda sudah hampir selama 49 tahun. maka, subjek kelima yang memainkan peranan penting untuk kapal usang tersebut untuk bisa belayar lebih lama, ialah anak-anak kepada anak-anak kapal yang sedia ada.
iya, 49 tahun bukan satu tempoh yang panjang malah ia juga tidak pendek. mungkin yang ada akan pergi dan akan datang tak punya kekuatan, tetapi yang pasti kapal usang itu akan terus belayar. belayar sehingga ke destinasi yang ingin ditujui. salam merdeka untuk semua anak-anak malaysia, baik yang dekat mahupun yang jauh.
<< Home