Thursday, December 22, 2005

antara minyak dan air...

sering kali ketika aku bersendiri, aku bertanya "Kemanadan dan dimana akan aku berakhir? Apa perjalanan aku hanya akan berakhir apabila mataku tertutup rapat tanpa boleh dibuka lagi?". Persoalan demi persoalan timbul. Sedang aku berperang dengan dengan diri sendiri, seorang sahabat aku pula sedang sibuk "berjudi". Berjudi dengan masa hadapan. Memang manusia dilahirkan untuk berjudi, berjudi didalam apa sahaja tidak kira dengan masa, tempat, kehidupan dan judi adalah lebih sinonim apabila dikaitkan dengan duit. Sahabat aku sedang berjudi dimana bukan duit atau harta yang dipertaruhkan, tetapi diri sendiri. Tidak menjadi masalah jika hidup ini tidak melibatkan manusia lain yang dipanggil ibu, bapa, adik beradik atau sanak saudara. Berjudilah semahunya tetapi ingat bahawa pertaruhan yang tidak membawa sebarang kemanangan fizikal bukanlah bermakna kita kalah sekalahnya. tetapi kita perlu ingat bahawa, dari sudut lain kita telah menang. manang didalam mencari pengalaman, mencari ilmu dan lebih baik dikatakan menang di dalam memperbaiki diri sendiri.

aku pernah berkata kepada seorang sahabat bahawa hidup kita umpama seorang pengemis yang mengutip apa sahaja yang dijumpainya disepanjang perjalanan pulang ke tempat yang dipanggil "rumah". guni yang dikendong akan semakin berat dan bahu yang mengendongnya akan terasa sakit kerana segala "sampah" atau "harta" yang dianggap berharga akan terus dikutip sehinggalah pengemis tadi sampai ke tempat yang ingin ditujuinya. tatkala si pengemis tadi memunggah guni yang dibawa, barulah si pengemis tahu bahawa apa yang telah dikendongnya di sepanjang perjalanan pulang. mungkin banyak "sampah" dari "harta" atau sebaliknya atau sama banyak kuantitinya. tetapi yang paling penting buat si pengemis ialah, perjalanan yang telah dilaluinya kerana perjalanan itu yang membuatkan dia sedar bahawa jalan yang mana banyak "sampah" dan patut dielakkan dan jalan yang mana banyak "harta" dan patut disinggah olehnya setiap hari. dan kehidupan si pengemis ini akan sentiasa berubah setiap hari kerana dia akan cuba mencari jalan yang lain dari hari sebelumnya.

kita didunia ini umpama seorang pengemis yang mengemis. tiada yang istemewa antara kita dengan manusia yang lain dan akhirnya kita semua akan menuju ke destinasi yang sama. tetapi pengalaman yang dikutip disepanjang perjalanan hiduplah yang akan membezakan kita, tidak kiralah samada pengalaman itu berupa "sampah" atau "harta". mungkin pengalaman kita berbeda dari manusia lain, tetap perlu kita menerimanya dan bersyukur dengna apa yang telah diperolehi. tidak mudah untuk seorang manusia untuk mengutip kesemua benda yang dijumpainya kerana kudrat seorang manusia berbeda antara satu sama lain. dalam waktu yang sama, kita perlu sedar bahawa tidak banyak pengemis yang sanggup memikul atau mengendong guni pengemis lain melainkan ada minat yang tersirat. dan tidak pula akan seorang pengemis memberitahu pengemis lain jalan mana yang patut dicubainya melainkan ia mahu menganiaya. diantara kesemua keburukan,ada kebaikkan disebaliknya untuk dialami oleh semua pengemis. hanya sabar, ikhlas dan redha akan membantu pengemis tadi sedar yang mana "sampah" dan yang mana "harta". malah pengemis tadi akan tahu apa yang patut dilakukan dengan "samapah" dan "harta" yang telah diperolehi. ada "sampah" yang boleh dikitar semula dan ada "harta" yang hanya akan membawa mudarat.

sebagai seorang sahabat, apa yang mampu aku lakukan telah aku lakukan dan barangkali ia tidak cukup untuk memenuhi kehandak seorang manusia lain. sebagai seorang sahabat, untuk melihat kejatuhan atau manjadi saksi kepada kekalahan perjudian sahabat lain adalah perit. oleh itu, bersabar dan terus bersabar dan berdoalah agar diberikan petunjuk. seperti apa yang telah aku terima sebagai satu nasihat dari seorang kawan,
"Barangkali apa yang kita anggap terbaik untuk diri kita adalah bukan yang terbaik untuk diri kita dan barangkali apa yang kita anggap tidak terbaik untuk diri kita adalah yang terbaik sebenarnya. Hanya tuhan tahu apa yang terbaik untuk kita."


p/s: my mom used to quote my grandad when she want us to understand why we must go to school. "There is no other possesion that i can inherit to you except knowledge. So go to school and and study." So until now, my mom always ask us to study, learn about anything no matter what happen and no matter where you go.