Friday, December 16, 2005

adil atau tidak adil...

sering kali kita bertanya, siapakah yang layak menjawab persoalan "siapa yang adil?" atau "mengapa seseorang berlaku tidak adil kepada manusia yang lain?". apa persolan ini akan terjawab jika seseorang menawarkan diri dan mendefinasikan apa itu adil. apa akan definasi ini akan diterima pakai oleh semua orang amnya. aku bertanyakan soalan ini kepada seorang sahabat dan aku hampir pasti jawapan yang diberikan adalah jawapan yang aku kira patut diterima oleh semua orang.
"Adil itu hanya Allah yang tahu. Sukar untuk seorang manusia mendefinasikan adil itu kerana perbedaan umur, peringkat pemahaman dan lain-lain faktor".

tetapi aku pasti bahawa, definasi ini akan ditolak oleh sesetengah pihak dan sukar untuk mereka terima bahawa inilah jawapan kepada persoalan adil itu. pada pendapat aku, adil itu adalah sesuatu yang sukar untuk diperolehi dan difahami kewujudannya. aku pernah diajarkan bahawa takrifan adil itu ialah
"meletakkan sesuatu itu pada tempatnya".
hampir pasti jawapan ini benar tetapi persolan lain pula timbul di dalam kotak fikiran aku. apa itu "tempatnya" dan bagaimanakah untuk kita tahu dimana "tempatnya".mungkin persoalan ini tiada penghujungnya dan yang lebih pasti ialah kita tidak berada pada tempat yang tepat untuk mendefinasikan apa itu adil dan dengan apa keadilan itu dapat ditegakkan. apa yang mampu seorang manusia lakukan ialah, bukannya cuba menegakkan keadilan atau mencari erti sebenar apa itu adil. tetapi apa yang aku rasa patut kita lakukan ialah membuat apa perkara sekalipun dengan ikhlas. hanya dengan keikhlasan, keadilan dapat dilihat dan digilap. malah, dengan keikhlasan bukan sahaja keadilan itu dapat diperlihatkan, malah kebenaran juga akan ditunjukkan. di dalam perjalanan mencari erti dan memahami apa itu keihklasan, aku sedar bahawa banyak ilmu lain yang aku berjaya kutip disepanjang perjalanan itu. mungkin satu hari akan aku kongsikan pengalaman ini dengan sesiapa sahaja yang ingin mengajar aku untuk menjadi manusia yang ikhlas.


p/s: we do things without a reason. but once we completed doing it, it become a reason to us on why we do it.