what ever happen today is for tomorrow...
mungkin hidup ini memerlukan perubahan yang seiring dengan jalan yang dipilih. perubahan yang bagaimanakah mampu memberikan kesan atau impak yang nyata pada setiap individu. adakah sekadar perubahan luaran yang menjadi kayu ukuran atau perubahan dalaman yang ingin ditonjolkan. setiap sesuatu yang berlaku akan menimbulkan persoalan dan tanda tanya yang mana jawapan yang akan diterima ada kemungkinan bukan lah jawapan yang ingin kita dengar. demi kerana ingin tahu, kita tetap menanyakan soalan itu sehingga kita lupa bahawa setiap yang berlaku adalah diluar bidang kuasa seorang manusia. tetapi adakah berbaloi jika kita hanya menerima apa yang berlaku tanpa mempersoalkan tujuan dan matlamat kenapa ia berlaku.aku sering mati di tengah jalan persoalan apabila sesuatu yang berlaku adalah diluar jangkaan dan ia tidak seperti yang aku harapkan. tetapi hati ini sering ditenangkan apabila ia dapat menerima hakikat bahawa setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya. persoalan demi persoalan timbul setial kali aku bersendirian. jika boleh, hendak saja aku luahkan apa yang terbuku di hati ini. baik tentang kehidupan diriku dan masyarakat sekeliling mahupun tentang pergolakan dunia. otak ini tidak pernah berhenti berfikir tetapi hati ini sedih kerana apa yang difikirkan menjadi sia-sia apabila ia hanya sekadar buat tatapan diri sendiri. ilmu dan pengetahuan adalah untuk dikongsi tetapi perlu ada caranya. itulah sedang aku cari. pencarian bagaimana untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan yang aku ada dengan teman-teman yang lain.
mungkin aku perlu berjalan lebih jauh di dalam usaha mengenal diri sendiri dan memperbaiki segala yang kurang. mungkin semuanya bermula dari hari ini....insyallah.
p/s: the quest of finding "who i am" will be difficult but the experience is something that we will treasure for the rest of our life...
<< Home