Thursday, March 30, 2006

kemana hilangnya permata nationalisme kita...

apa telah tumpul semangat nasionalisme pada rakyat malaysia pada hari ini dan kemana hilangnya sifatnya dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung pada mereka. apa kepercayaan kepada parti boleh mengenepikan soal maruah negara. mungkin ini tidak dirasa oleh golongan yang tinggal di bumi malaysia, tetapi menjadi tanda tanya kepada diri sendiri yang tinggal jauh tentang apa sebenarnya yang berlaku dan mengapa ia beraku disebalik permainan politik malaysia. mungkin permainan politik malaysia telah mengkaburi mata sesetengah manusia tentang apa itu tanggungjawab.

perbualan bersama seorang teman menyedarkan bahawa, permainan politik yang dimainkan selama ini bukanlah atas dasar keikhlasan tetapi pada dasarnya ialah kerana tamakkan kuasa. kuasa yang dicari dengan alasan untuk melakukan perubahan. tidak salah malah ada benarnya kuasa mampu merubah segalanya. sejarah tidak pernah tersimpang dari satu sama lain walaupun sekiranya sejarah itu adalah sebuah sejarah dongeng malah ada yang memang benar-benar dongeng. tetapi yang penting disebalik sejarah atau dongeng tadi ialah moral ceritannya. melalui sejarah dapat dilihat bahawa, dengan kuasalah firaun menjadi tamak. dan dengan kuasalah, namrud menjadi lupa diri. dan akhirnya ia memakan diri.

apa dengan kuasa, baru sesuatu perkara dilaksanakan. malah adakah dengan kuasa, sebarang perkara boleh ditundukkan dan dihentikan sesuka hati. apa akal fikiran yang waras tidak penting lagi dan sifat amarah yang diambil menjadi kayu ukuran. tidak berguna sekiranya ilmu yang dicari selama bertahun-tahun hanya untuk diguna pakai ketika waras sahaja. tetapi ketika wujudnya sifat amarahlah itulah, ilmu sangat-sangat diperlukan. jari telunjuk bukan hanya untuk mencari siapa salah, tetapi ianya juga boleh digunakan sebagai penunjuk mencari jawapan penyelesaian. bukan hanya sekadar berdiri megah dibawah panas matahari dan bersuara kuat sahaja dapat merubah keadaan dan situasi semasa. mungkin untuk jangka masa pendek, ia berguna. tetapi persoalannya ialah, berapa lama kita sanggup berdiri dan sejauh mana suara kita mampi pergi. sekiranya hanya sekadar dalam lingkupan sempadan negara, fikirkahlah.

dunia sekarang bukan dunia siapa kuat secara lahiriah, tetapi dunia sekarang dunia siapa kuat dari segi ilmu dan emosi. sekarang bukan masanya untuk kita tunjukkan siapa yang punya banyak belang tetapi sekarang adalah masanya untuk kita tunjukkan siapa yang pandai menggunakan belangnya. apa yang kita kecapi hari ini bukanlah hanya untuk kegunaan diri sendiri tapi ia juga untuk generasi akan datang. jika sekarang, kita menuding jari menyalahkan generasi sebelumnya kerana kesilapan dan kesalahan mereka, ada baiknya jika kita tuding kembali jari tadi ke muka sendiri. soal diri sendiri, apa yang telah kita lakukan untuk generasi akan datang dan apakah manfaat kita pada generasi sedia ada. jika kita hanya sekadar berdiri megah melaungkan kesalahan orang lain, fikir fikirkanlah. dengan izin tuhan dan uasaha dari generasi yang lepas, hari ini kita dapat melihat bumi malaysia. jangan disebabkan usaha dan lelah kita, kita hilangkan semuanya. janganlah sampai kita menjadi peminjam kepada barang kepunyaan kita. kembalikan sifat nasionalime kedalam hati kita. berjuanglah untuk negara, agama, bangsa dan keluarga.